why i love baby: reason #467217

by justine

siau charboh really layan me and wrote a post (90%) in bahasa.

I know, I know some of you must think, “ZOMG! T2 is like soooo 2007…” *rolls eyes* Maaf, saya tak secool kamu. Saya memang tak mampu nak tukar kamera digital setiap 2 bulan. Ye, saya memang seorang yang minimalist. Saya akan menggunakan kamera digital itu sehingga ia sudah hampir tidak bernyawa. Dalam pada ia sedang nyawa-nyawa ikan itu juga, saya akan terus berusaha sedaya mungkin untuk membuatkan ia berfungsi.

Ingin juga saya ketengahkan di sini bahawa fenomena DSLR telah menular di kalangan anak-anak muda dengan kadar yang agak melampau. Syabas saya ucapkan kepada mereka yang berjaya dan tahu menggunakan segala fungsi yang ditawarkan oleh kamera-kamera DSLR. Tetapi, kepada mereka (maaf jika ada yang tersinggung– terutamya golongan perempuan) yang sanggup menghabiskan duit ibu-bapa/PTPTN untuk membeli kamera D90, D50 dan lain-lain semata-mata untuk subjek Photo Communications 101 (saya tak berapa pasti akan digitnya) atau untuk tampak cool di acara-acara libur seperti Bijou Bazaar dan Threads Zoo (mahupun di kelab-kelab malam yang memainkan lagu Indie dan Electro) tetapi hanya menggunakan mode ‘Auto’ all the way… ingin saya nasihatkan, berhenti kan sahaja lah niat kamu. Kamera point-and-shoot kan lebih sesuai dimana;

1. Ia senang diguna pakai. Cuma perlu set kan sahaja ke mode yang sesuai dengan keadaan/suasana;
2. Kecil, boleh dimuatkan ke dalam tas tangan atau poket;
3. Tidak perlu mengecilkan mata untuk melihat ke dalam tingkap view-finder dan
4. Boleh digunakan dengan satu tangan (jika kamu bukan di bawah pengaruh alkohol yang melampau).

Tetapi, jika kamu tetap berkeras untuk mengangkut kamera DSLR itu ke hulu ke hilir, silakan.

i am tickled, but mainly awestruck by this amazing performance a good 6 years (yeah 6, she damn old ok) after SPM.

ok gotta sleep now. meeting tomorrow. *knees knocking*