test power siut
Wednesday, January 7th, 2009dalam perjalanan saya balik rumah dari pejabat, saya menemui bukan sahaja satu tetapi dua “roadblock” polis.
walaupun tidak ada satu titik arak yang ditelani saya dan tidak ada mana-mana peraturan jalan raya yang dilanggari, namun keluarlah perasaan gelabah terpendam dan lutut saya bergetar semasa memandu whoopeewee (nasib baik kereta saya transmisi auto).
pihak polis memberi signal untuk berhentikan kereta lalu mempersoalkan saya tentang beberapa perkara (iaitu: dari mana, ke mana dll). rasanya, saya menjawab dalam suara yang penuh kesopanan dengan muka perempuan ayu asli, kerana polis itu pun senyum dengan menyuruh saya balik ke rumah.
hairannya saya dengan kelakuan sendiri. kenapa la saya rasa takut dengan ahli-ahli pihak berkuasa?
diperiksa oleh cik faridah zulkiflie: _________________
markah: _______________
lulus / gagal
post adalah latihan bahasa melayu pertama untuk tahun 2009 dan ditulis saja untuk /gdk (”gelak dengan kuat” adalah penciptaan saya yang bermaksud “LOL” dalam bahasa inggeris).
with my new RM5 arm-warmers from sungei wang
arthur just a little angry today
roni: no photos please

